Monthly Archives: November 2013

Lumut

Pekan Lumut sebuah pekan kecil terletak di tepi Sungai Dinding.   Di tebing sungai di bina espalanade yang menarik. Kelihatan Waterfront yang cantik.

Pekan Lumut  di hias dengan berbagai pembinaan cantik seperti kaki lima berjubin dan kaki lima rumput, siar kaki tepi tebing sungai, taman bunga di espalande tepi sungai, bazar atau gerai cendera hati/ souvenir cantik, dll.

Pemandangan  pekan kecil ini menarik dan sesuai jadikan latar belakang rakaman foto.

Di pekan Lumut ada lebih kurang 100 kedai termasuk kedai cenderahati, bank ,restoran dan gerai makanan.  Berhampiran Jeti Lumut ada kompleks dengan gerai hasil laut dengan hasil laut seperti ikan bilis, sotong, ikan masin, satay ikan, dll.

Pengunjung ke Pulau Pangkor perlu menaiki feri di Jeti Lumut yang terletak berhampran pekan Lumut.  Tambang feri seorang pergi balik RM10.   Pelayaran dari Lumut ke Pangkor ambil masa 40 minit.

Sekarang feri lebih moden banding feri kayu 10 tahun dahulu. Feri dahulu ambil masa hampir satu jam buat pelayaran sehala.

Pekan Lumut

Pekan Lumut

Kompleks Kuil Cina berhadapan stesen bas Lumut

Kompleks Kuil Cina berhadapan stesen bas Lumut

 

 

Advertisements

Kuala Lumpur ke Pangkor

Dari Kuala Lumpur, ikut lebuh raya PLUS menuju ke utara.    Selepas kawasan Tanjung Malim, perlu turun ke Route 1, atau Jalan Persekutuan menuju hala utara.

Dari lebuhraya perlu memandu ke Sungkai.

Dari lebuhraya PLUS,  EXIT 128 Persimpangan Sungkai.

Turun  ke Tol Sungkai.  Selepas tol Sungkai, di simpang ikut papan tanda. belok ke kanan masuk ke Jalan Persekutuan atau Route 1. Terus memandu sehingga melepasi pekan Sungkai hala utara.

Keluar dari Tol Sungkai, simpang belok kanan ke pekan Sungkai dan utara ikut Jalan Persekutuan.

Keluar dari Tol Sungkai, simpang, belok kanan ke pekan Sungkai dan ke utara ikut Jalan Persekutuan.

Tempuh kawasan pekan Sungkai.  Selepas Sungkai, sambung perjalanan 6 KM dan tiba di satu simpang tiga dengan lampu isyarat.

 

Di sini nampak papan tanda tunjuk arah ke Teluk Intan dan Lumut.  Simpang ke Teluk Intan & Lumut -58.

 

Lagi 30 km ke Teluk Intan.

 

Belok ke kiri.

Teruskan perjalanan  sehingga masuk kawasan Teluk Intan. Tidak perlu masuk bandar Teluk Intan.

 

Di satu simpang, nampak bangunan besar, Pasar Nenas Kampung Selabak . Di sini belok kiri. Ikut papan tanda  Sabak Bernam, Bagan Datuk, Lumut 58.

Tiba di satu lagi simpang berhampiran Grand Courts Hotel.  Belok kiri terus perjalanan. ke Sitiawan Lumut 5.

 

Naik Jambatan sungai Perak.  Dari sini lagi 61 km ke Lumut.Lagi 68 km ke Lumut.

Di satu simpang, belok kanan menyeberangi Sungai Perak.  Jambatan Teluk Intan satu mercu tanda di sini.

Perjalananan dari Teluk Intan  menempuh daerah sawah  padi yang luas dan saujana mata memandang.

Tidak perlu masuk Sitiawan dan boleh  bergerak terus ke Lumut.

Masuk ke daerah Manjung dan terus ke Lumut.

Di pekan Lumut ada Kompleks  kereta bertingkat di Medan Letak Kereta  Majlis Perbandaran Manjung.

http://www.desapangkorhomestay.com