Cuti Bulan 12

Biasa nya pada percutian sekolah bulan 12, ramai pengunjung datang ke Pangkor. Pada hujung minggu panjang (long weekend) hendak naik feri kekadang ambil masa 1 jam! Tak kira, nak pergi ke, atau , nak balik pulang……

Nak dapat homestay pun elok tempah awal awal.

Homestay Pangkor

Hubung Haji Khalidi 019-3438032

Lokasi Homestay Pangkor:

G17  Tingkat Bawah,  Apartmen ,                                                                                                           Taman Desa Pangkor,                                                                                                                      Jalan Pasir Bogak,                                                                                                                                     Pangkor

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements

Homestay Pulau Pangkor

Inap Desa Pangkor.

Kamis ada sebuah rumah sewa di Taman desa Pangkor, Jalan Pasir Bogak, Pangkor dan rumah ini sesuai untuk famili.   Famili maksudnya sesuai untuk bawa bersama warga tua  dan kanak. Rumah lengkap sepenuh. Lebih lagi untuk famili Muslim.

Tidak jauh dari Pantai Pasir Bogak,  jarak 500 meter.  Jalan kaki dalam 20 minit. Naik motosikal seminit jer!

Untuk Homestay Pangkor, Hubung

Haji Khalidi 019-3438032

Taman Desa Pangkor

Jalan Pasir Bogak

Pulau Pangkor

Inap Desa Pangkor

Anda bercuti di Pulau Pangkor?

Anda mencari homestay di Pulau Pangkor?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apartmen, Taman Desa Pangkor, Jalan Pasir Bogak, Pangkor

Homestay bajet di Pulau Pangkor

Kami sediakan   satu unit apartmen atau pangsapuri di Pulau Pangkor.  Penginapan bajet  kualiti. Sesuai untuk famili atau kumpulan.

Tiga bilik inap dan 2 bilik mandi.

Anda hendak memasak di homestay?

Perkakas untuk memasak lengkap. Buat macam duduk di rumah sendiri. Bahan memasak boleh di bawa sendiri atau beli di pasaraya berhampiran.

Setiap pagi pasar berhampiran Masjid Pangkor ada menjual perlabgai ikan segar dan daging ayam. Jarak dari rumah dengan motosikal hanya ambil masa beberapa minit sahaja. Ibarat anda seolah penduduk di Pulau Pangkor!

 

Kereta boleh masuk ke depan pintu rumah.

Apartmen terletak dalam sebuah taman perumahan kejiranan, Taman Desa Pangkor. di Pulau Pangkor.   Lokasi di jalan utama dari Pekan Pangkor menuju ke pantai. Pantai terdekat Pantai  Pasir Bogak.

Naik motosikal hanya ambil masa seminit ke pantai!

Jarak dari pekan ke taman ini berjalan kaki 15 minit. Jarak dari taman ini ke pantai Pasir Bogak, berjalan kaki 15 minit. Bentuk pengangkutan di pulau ini adalah teksi bentuk van warna  pink.

Unit apartmen ini terletak di tingkat bawah (ground floor) di satu satunya block apartmen dalam taman perumahan di pulau.

Kami sediakan semua kemudahan sebuah unit rumah untuk  famili termasuk bilik penginapan, ruang tamu, bilik mandi dan kelengkapan  dapur.

Alamat:

G17, Tingkat Bawah,  Apartmen Taman Desa Pangkor,  Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor

Di sekitar taman perumahan ini ada kemudahan seperti restoran, pasaraya, cyber cafe, kedai motosikal, kedai basikal dll.

Untuk tempahan sila hubungi:

Haji Khalidi  – HP 019 343 8032

Foto apartmen di Taman Desa Pangkor:-

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apartmen di Taman Desa Pangkor

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apartmen di Taman Desa Pangkor

 

**************************************************************

 

Pemandangan di Jeti Pangkor

 

Cruise leaving the straits  as  seen from Jeti Pangkor

Cruise leaving the straits as seen from Jeti Pangkor

Jeti Pangkor ialah lokasi pertama pengunjung akan tiba. Kawasan di persekitaran Jeti di bina dan di hias cantik oleh pihak berkuasa.

Di kompleks Jeti Pangkor terdapat banyak gerai sovnir dan cenderahati dan perkara berkaitan dengan Pulau Pangkor. Juga di depan di hias dengan taman bunga dan lanskap menarik sesuai untuk rakam foto kenangan.

Taman Hijau di Jeti Pangkor

Taman Hijau di Jeti Pangkor

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bazar Jeti Pangkor

Bazar Jeti Pangkor

Lumut

Pekan Lumut sebuah pekan kecil terletak di tepi Sungai Dinding.   Di tebing sungai di bina espalanade yang menarik. Kelihatan Waterfront yang cantik.

Pekan Lumut  di hias dengan berbagai pembinaan cantik seperti kaki lima berjubin dan kaki lima rumput, siar kaki tepi tebing sungai, taman bunga di espalande tepi sungai, bazar atau gerai cendera hati/ souvenir cantik, dll.

Pemandangan  pekan kecil ini menarik dan sesuai jadikan latar belakang rakaman foto.

Di pekan Lumut ada lebih kurang 100 kedai termasuk kedai cenderahati, bank ,restoran dan gerai makanan.  Berhampiran Jeti Lumut ada kompleks dengan gerai hasil laut dengan hasil laut seperti ikan bilis, sotong, ikan masin, satay ikan, dll.

Pengunjung ke Pulau Pangkor perlu menaiki feri di Jeti Lumut yang terletak berhampran pekan Lumut.  Tambang feri seorang pergi balik RM10.   Pelayaran dari Lumut ke Pangkor ambil masa 40 minit.

Sekarang feri lebih moden banding feri kayu 10 tahun dahulu. Feri dahulu ambil masa hampir satu jam buat pelayaran sehala.

Pekan Lumut

Pekan Lumut

Kompleks Kuil Cina berhadapan stesen bas Lumut

Kompleks Kuil Cina berhadapan stesen bas Lumut

 

 

Kuala Lumpur ke Pangkor

Dari Kuala Lumpur, ikut lebuh raya PLUS menuju ke utara.    Selepas kawasan Tanjung Malim, perlu turun ke Route 1, atau Jalan Persekutuan menuju hala utara.

Dari lebuhraya perlu memandu ke Sungkai.

Dari lebuhraya PLUS,  EXIT 128 Persimpangan Sungkai.

Turun  ke Tol Sungkai.  Selepas tol Sungkai, di simpang ikut papan tanda. belok ke kanan masuk ke Jalan Persekutuan atau Route 1. Terus memandu sehingga melepasi pekan Sungkai hala utara.

Keluar dari Tol Sungkai, simpang belok kanan ke pekan Sungkai dan utara ikut Jalan Persekutuan.

Keluar dari Tol Sungkai, simpang, belok kanan ke pekan Sungkai dan ke utara ikut Jalan Persekutuan.

Tempuh kawasan pekan Sungkai.  Selepas Sungkai, sambung perjalanan 6 KM dan tiba di satu simpang tiga dengan lampu isyarat.

 

Di sini nampak papan tanda tunjuk arah ke Teluk Intan dan Lumut.  Simpang ke Teluk Intan & Lumut -58.

 

Lagi 30 km ke Teluk Intan.

 

Belok ke kiri.

Teruskan perjalanan  sehingga masuk kawasan Teluk Intan. Tidak perlu masuk bandar Teluk Intan.

 

Di satu simpang, nampak bangunan besar, Pasar Nenas Kampung Selabak . Di sini belok kiri. Ikut papan tanda  Sabak Bernam, Bagan Datuk, Lumut 58.

Tiba di satu lagi simpang berhampiran Grand Courts Hotel.  Belok kiri terus perjalanan. ke Sitiawan Lumut 5.

 

Naik Jambatan sungai Perak.  Dari sini lagi 61 km ke Lumut.Lagi 68 km ke Lumut.

Di satu simpang, belok kanan menyeberangi Sungai Perak.  Jambatan Teluk Intan satu mercu tanda di sini.

Perjalananan dari Teluk Intan  menempuh daerah sawah  padi yang luas dan saujana mata memandang.

Tidak perlu masuk Sitiawan dan boleh  bergerak terus ke Lumut.

Masuk ke daerah Manjung dan terus ke Lumut.

Di pekan Lumut ada Kompleks  kereta bertingkat di Medan Letak Kereta  Majlis Perbandaran Manjung.

http://www.desapangkorhomestay.com